Ali Mamak

Datuk Ali Mamak atau Jantan Osman merupakan pelakon dan pelawak veteran Malaysia. Beliau pernah menghasilkan beberapa album lagu berunsur komedi. Sitkom Santan Berlada pada tahun 1980-an bertanggungjawab meletakkan nama Ali Mamak sebagai salah seorang pelawak dalam persada seni hiburan tanah air. Pelawak ini dianugerahkan gelaran Darjah Seri Melaka (DSM) oleh Kerajaan Negeri Melaka pada tahun 2008 yang membawa gelaran Datuk.Lagu nyanyiannya sarat dengan mesej berunsur kritikan sosial atas isu-isu semasa.[1] Lagu Joget Dimana Lah Jodoh disadur dari lagu Apa Dah Jadi yang pernah dipopularkan oleh Tan Sri SM Salim. Lirik humor itu dikatakan konon mempersendakan golongan manusia bermata juling, lelaki lembut dan pekak. Pelawak Abon juga menyelitkan dialog-dialognya dalam bait-bait lirik itu bagi menambahkan lagi kelucuan. Stesen radio seperti KLfm sering menyiarkan lagu humor ini.